Menu
Politik_di_Mexico Cabang EksekutifKuasa eksekutif dikurniakan ke atas seorang individu, iaitu presiden kesatuan Mexico, dilantik melalui sistem pengundian pertama melepasi garisan penamat untuk satu penggal selama 6 tahun (dipanggil sexenio), tanpa kemungkinan pemilihan semula. Pilihan raya Presiden telah diadakan setiap enam tahun semenjak 1934 (perlembagaan sebelum ini memberi mandat selama empat tahun). Bagaimanapun, hanya sejak tahun 1994 pilihan raya ini mendekati satu standard ketelusan dan kebersihan demokratik yang boleh diterima.
Di negara ini tiada pejabat untuk seorang naib presiden; sekiranya "ketiadaan mutlak" atau ketidakupayaan Presiden, Kongres Kesatuan (dengan satu kuorum sekurang-kurangnya dua pertiga kesemua wakil) akan membentuk satu kumpulan pengundi yang akan memilih secara majoriti mutlak satu presiden sementara. Seandainya ketiadaan mutlak berlaku sepanjang dua tahun pertama sexenio, Kongres akan juga memanggil pilihan raya dalam tempoh tidak kurang daripada 14 dan tidak lebih daripada 18 bulan selepas perasmian presiden sementara. Jika ketiadaan mutlak presiden berlaku sepanjang empat tahun terakhir maka presiden sementara tersebut akan menjalankan tugas sebagai Presiden selama tahun-tahun baki ketiadaan presiden.
Dari segi kuasa Presiden, sebelum 1994 beberapa pengulas politik menganggap presiden di Mexico seperti seorang diktator enam tahun, dan memanggil sistem ini "Jawatan Presiden Agung". Kuasa ini memuncak pada sekitar awal 1980an, bila satu krisis ekonomi yang teruk mewujudkan ketidakselesaan di kalangan rakyat dan di dalam parti yang berkuasa itu sendiri. Kini, walaupun kuasa Presiden tidak lagi mutlak tetapi ia masih cukup banyak.
Dengan penyusunan semula demokratik pada tahun-tahun kebelakangan dan pilihan raya yang semakin adil, perlembagaan telah mula digunakan dan kuasa-kuasa Presiden telah dihadkan secara undang-undang. Kuasa-kuasa dan hak-haknya termasuk yang berikut:
Lihat juga:
Menu
Politik_di_Mexico Cabang EksekutifBerkaitan
Politik Politik perubahan iklim Politik balas budi Politeknik Balik Pulau Politik Tunisia Politik Iran Politik identiti Politik Pulau Pinang 2008-2010 Politik di Jepun Politik Negeri SembilanRujukan
WikiPedia: Politik_di_Mexico http://www.nationmaster.com/country/mx-mexico/gov-...